1)
PENGERTIAN ZIHAR
1. Dari segi bahasa Arab diambil
dari perkataan belakang, kerana bentuk zihar pada asalnya adalah seperti
berikut : kata suami kepada isterinya: awak itu dengan saya seperti
belakang ibu saya. Jadi dengan sebab kebiasaan orang Arab Jahiliah
menggunakan perkataan “Zihar”.
2. Dari segi istilah syara’ bererti
: suami menyerupakan isterinya dengan ibunya atau pun seorang yang haram
berkahwin dengannya. Dengan ini menyebabkan isteri itu menjadi
haram kepadanya. Seperti kata suami kepada isteri: awak ini
saya lihat serupa dengan ibu saya.
2)
DALIL ZIHAR
Firman Allah Taala :
Ertinya : Orang-orang yang menzihar isterinya,
tidaklah isterinya itu menjadi ibunya tidaklah yang menjadi kepada mereka
melainkan perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka
itu menyentuh perkataan yang mungkar dan dusta.
(Surah Al-Mujadalah : ayat 2)
3)
HIKMAH DILARANG ZIHAR
Sebagaimana yang diketahui di zaman jahiliah
bahawa seorang suami bila berkata kepada isterinya : “awak dengan aku seperti
belakang ibuku” ini adalah kerana ia bermaksud untuk mengharamkan isterinya itu
hidup bersamanya buat selama-lamanya.
Oleh itu, ini adalah merupakan satu keburukan dan penyeksaan terhadap kaum perempuan. Syara’ telah melarang perbuatan yang demikian dan menganggap sebagai suatu perkara yang mungkar dan dusta. Sebagaimana tersebut dalam ayat di atas.
Perbuatan atau perkataan yang demikian dikatakan
satu perkataan mungkar, kerana adalah satu perkara yang merupakan
penyeksaan terhadap kaum perempuan dan pengharaman terhadap sesuatu yang
dihalalkan oleh Allah, ini adalah dilarang kerana oleh syara’.
Perkataan tersebut dikatakan dusta semata-mata
adalah disebabkan kerana isteri itu bukanlah ibu dan tidak mempunyai persamaan
langsung di antara keduanya.
Walau bagaimanapun syara’ tidaklah membiar
begitu sahaja tentang perbuatan suami itu malah syara’ akan mengambil tindakan
terhadap suami yang melakukannya iaitu diwajibkan membayar kifarah, supaya
terelak dari mengulangi kembali perbuatan tersebut. Selepas membayar
kifarah, suami boleh kembali semula seperti biasa. Ini berlainan sekali
dari apa yang berlaku di zaman jahiliah yang menganggap
isteri-isteri yang telah dizihar itu gugur talaqnya sebagai talaq bain
yang tidak boleh dirujuk sama sekali buat selama-lamaya.
4)
RUKUN ZIHAR
1. Suami yang
menzihar
2. Isteri
yang dizihar
3. Lafaz
zihar
4. Orang yang
diserupakan (ibu dan sebagainya)
5)
SYARAT-SYARAT MENZIHAR (SUAMI)
1. Dari suami yang sah
talaqnya, kalau ia menggugurkan talaq, sekalipun suami yang mati pucuk atau
yang terpotong zakarnya. Oleh itu tidak sah zihar dari yang bukan suami
dan tidak sah menzihar perempuan yang bukan isterinya, walaupun perempuan
itu akan dikahwininya selepas itu.
2. Suami yang berakal – tidak sah
zihar dari suami yang gila atau masih budak.
3. Dengan kemahuan suami itu sendiri
bukan dipaksa.
6)
SYARAT-SYARAT MENZIHAR (ISTERI)
Hendaklah yang dizihar itu isteri,
sekalipun isteri itu masih kecil (kanak-kanak) gila, sakit, kafir
kitabiah atau pun sedang dalam idah raj’i- tidak sah zihar
perempuan yang bukan isteri, kalau seorang lelaki berkata kepada seorang
perempuan yang bakal dikahwininya: “jika saya berkahwin dengan awak maka awak
itu dengan saya seperti belakang ibu saya”, kemudian lelaki itu
mengahwininya, zihar itu tidak sah (tidak berlaku) begitu juga tidak berlaku
zihar kalau seorang tuan hamba berkata kepada hambanya (perempuan) “awak dengan
saya seperti belakang ibu saya” kerana hamba bukannya isteri.
7)
SYARAT-SYARAT YANG DISERUPAKAN
1. Hendaklah orang
yang diserupakan itu dari golongan perempuan, jika diserupakan dengan orang
lelaki walaupun dari keluarganya yang paling dekat seperti bapa dan sebagainya,
zihar itu tidak sah, begitu juga tidak sah kala diserupakan dengan seorang
khunsa.
2. Hendaklah orang
yang diserupakan itu dari perempuan yang haram nikah dengannya samada sebab
keturunan seperti ibu atau sebab susuan seperti ibu susuan atau pun sebab
persemendaan seperti ibu mertua atau ibu tiri.
3. Perempuan yang
diserupakanj itu tidak halal dikahwini sebelum itu seperti isteri bapanya (ibu
tiri) yang berkahwin dengan bapanya sebelum ia dilahirkan lagi.
Adapun ibu tiri yang berkahwin dengan bapanya
setelah ia dilahirkan, tidak jadi zihar jika diserupakan dengannya, kerana
perempuan itu sah berkahwin dengannya sebelum berkahwin dengan bapanya dahulu.
Begitu juga isteri anaknya (menantu perempuan)
kerana ianya hala berkahwin dengannya sebelum berkahwin dengan anaknya,
seterusnya isteri yang telah diceraikan dengan talak tiga, isteri yang telah
lian dan isteri-isteri Rasulullah SAW, ini semuanya tidak jadi zihar
apabila disabitkan dengan mereka, kerana pengharaman kahwin dengan
isteri-isteri Rasulullah itu adalah sebagai penghormatan kepada Rasulullah dan
memuliakannya.
8)
SYARAT SIGHAH ZIHAR
Lafaz itu hendaklah menunjukkan zihar.
Lafaz zihar terbahagi kepada dua :
1. Lafaz Sareh : iaitu
kata-kata yang terang yang digunakan tertentu pada zihar sahaja dan tidak
mengandungi erti yang lain dari zihar, seperti kata suami kepada isteri “awak
ini dengan saya seperti belakang ibu saya atau seperti tangannya atau
kepalanya.
2. Lafaz Kinayah : iaitu kata-kata
yang mengandungi makna zihar dan makna yang lain, lafaz kinayah ini memerlukan
niat untuk menentukan maksud yang sebenar. Seperti kata suami kepada
isterinya “awak semacam mata ibuku dan sebagainya dari perkataan-perkataan yang
mengandungi erti zihar atau lain dari zihar sebagai menandakan kemuliaan atau
penghormatan.
9)
SYARAT TASBIAH (MENSERUPAKAN)
Orang-orang Arab jahiliah selalunya menggunakan
perkataan (zihar) yang bererti belakang untuk menzihar isteri-isteri
mereka, selain dari perkataan (zihar) terdapat juga perkataan-perkataan
yang lain seperti mata, kepala, tangan dan sebagainya. Pendek
kata ada kalanya digunakan seluruh anggota perempuan dan ada juga yang
menggunakan sebahagian anggota sahaja seperti menyebut muka, kepala,
tangan dan sebagainya. Oleh itu disyaratkan menyebut anggota yang
lahir sahaja.
Tidak sah tasbiah itu dengan menggunakan
anggota batin seperti hati, limpa dan sebagainya, andainya seorang suami
berkata kepada isterinya “kepada awak serupa hati ibu saya” perkataan
seperti ini tidak sah dijadikan zihar.
Zihar tidak berlaku apabila ditasbihkan dengan
sesuatu yang ada pada perempuan seperti susu, air liur air mani dan sebagainya,
kecuali ditasbiahkan dengan sebahagian anggotanya, seperti kuku, ramput dan
gigi, barulah sah ziharnya, contohnya kata suami “awak semacam kuku ibu saya”
dan seterusnya.
10)
HUKUM MEMBATASKAN WAKTU ZIHAR DAN MENTA’LIQKAN
1. Sah menghadkan
waktu zihar samada pada jangka waktu yang singkat atau panjang seperti kata suami
“awak dengan saya seperti belakang ibu saya dalam masa sehari
atau sebulan” dalam masa yang disebutkan itu suami diharamkan
mensetubuhi isterinya itu apabila disetubuhinya kembali wajiblah ia membayar
kifarah zihar.
2. Jika suami
berkata kepada isterinya “awak semacam belakang ibu saya selama lima
bulan. Kata-kata yang demikian dianggap suami telah menzihar dan
mengiilaa’ isterinya itu apabila ia mensetubuhi isterinya itu
dalam tempoh masa tersebut, ia diwajibkan membayar kifarah zihar,selepas
itu ia tidak mensetubuhinya sehingga berlalu masa tersebut isteri
berhak menuntut dua perkara iaitu menuntut suami supaya mewarithnya
kembali atau menceraikannya seperti yang diterangkan di dalam illa’.
Jika suami berkata kepada isterinya “demi Allah
awak serupa belakang ibu saya” kemudian suami itu mensetubuhi isterinya itu
dalam masa tempoh iilaa’ (empat bulan) ia diwajibkan membayar dua kifarah,
iaitu zihar dan kifarah iilaa’.
Sah dita’liqkan zihar dengan sesuatu, seperti
kata suami kepada salah seorang dari isterinya “jika saya zihar madu awak
(isteri yang satu lagi) maka awak serupa dengan belakang ibu saya”
dan kebetulan ia benar-benar menzihar isteri yang pertama
itu, oleh yang demikian ia dianggap telah menzihar kedua-duanya sekali.
11) CARA
MEMBAYAR KIFARAH ZIHAR
Apabila seorang suami yang menzihar
isterinya ingin kembali isteri kifarah tersebut adalah mengikut susunan berikut
:
Yang dizihar itu hendaklah terlebih dahulu ia
menbayar kifarah, cara membayar:
1. Memerdekakan hamba
yang mu’min lelaki atau perempuan.
2. Jika tidak
mampu atau tidak berdaya untuk merdekakan hamba, hendaklah ia berpuasa dua
bulan berturut-turut dengan tidak berselang, sekiranya diselang-selangkan
walaupun kerana sakit, maka puasa yang lalu terputus dan mestilah diulang
semula.
3. Jika tidak
terdaya berpuasa selama dua bulan berturut-turut, maka ia hendaklah
memberi sedekah makanan kepada enam puluh orang miskin, tiap-tiap
seorang diberikan secupak dan makanan utama bagi negeri itu.
Seorang itu dikira lemah dari berpuasa jika
terdapat salah satu dari perkara berikut, dan bolehlah ia menunaikan
kifarah yang ketiga yaitu memberi sedekah makanan kepada enam puluh orang
miskin :
1. Ia ditimpa oleh
penyakit yang ghalibnya penyakit itu akan berlarutan sehingga dua
bulan pendapat doctor dan sebaik-baiknya biarlah dari jenis penyakit
yang tidak ada harapan untuk sembuh lagi.
2. Ia takutkan
penyakit itu akan bertambah teruk bila berpuasa.
3. Sekiranya ia
berpuasa selama dua bulan berturut-turut ini akan menimbulkan kesusahan dan
kemudharatan kepadanya, kerana tidak terdaya mengerjakannya.
4. Orang itu
didapati terlalu kuat nafsunya. Tidak sanggup menahan untuk menunaikan
puasa tersebut, ini bagi orang yang mempunyai nafsu yang luar biasa.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar